"Lembu Punya Susu, Beruk Pulak Nak Nama"


Pada 9 Januari 2010 yang lalu, Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan satu program yang dikenali dengan nama “Program Umno Juara Rakyat” di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Selain diisi dengan program-program interaktif bersama rakyat, program tiga hari yang diadakan di pekan kecil yang terletak kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur ini juga disusun untuk kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

Program yang dilihat sebagai satu usaha Umno untuk meraih kembali sokongan setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu.

Difahamkan, Umno akan meneruskan program ini ke semua 191 bahagian Umno di seluruh Negara. Umno boleh program apa saja yang mereka nak sampai tunggang terbalik pun. Cuma diperingatkan, Jangan menyalahgunakan wang negara/rakyat untuk kepentingan politik mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang membimbangkan hari ini. Rakyat disuruh berjimat-cermat dan telah banyak peruntukan yang sebelum ini disalurkan kepada rakyat dipotong, ditarik semula atau dikecilkan termasuk peruntukan kepada institusi pendidikan semata-mata alasan untuk berjimat cermat.

Jangan pula diambil daripada khazanah negara atau menggunakan jentera milik kerajaan, lalu ditempelkan nama Umno. Umno/BN memberi sumbangan kepada fakir miskin… Umno/BN luluskan itu dan ini….. dan bla..bla…bla… semata-mata untuk raih kembali sokongan rakyat !!

Pemimpin Umno perlu bezakan antara duit parti mereka dengan duit rakyat yang terhasil daripada pelbagai sumber untuk manfaat semua rakyat dalam negara Satu Malaysia ini.

Jangan jadi macam kata pepatah “Lembu punya susu, sapi dapat nama” atau dalam isu ini, pepatah yang lebih sesuai pada hemat saya ialah “Lembu punya susu, beruk pulak terhegeh-hegeh nak nama”.
 
Copyright @ 2008 BabMusalla: Februari 2010 | Original Template By Orca Wave Wordpress | Modified By iEn | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top