Piala Dunia : Jangan Sampai Abaikan Tanggungjawab

Seminggu yang lalu hampir tiap-taip malam saya akan keluar untuk menyampaikan kuliah di masjid dan surau sekitar kawasan Rompin. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan Allah dengan masyarakat setempat.

Biasanya saya keluar dari rumah sekitar pukul tujuh malam, atau kalau tempat kuliah itu agak jauh saya akan keluar dalam pukul enam setengah petang. Sepanjang perjalanan saya dapati banyak kedai-kedai makan menyediakan ‘skrin besar’ sempena demam bolasepak piala dunia yang telah berlangsung semenjak seminggu yang lalu.

Satu srategi yang ‘menjadi’ untuk memikat pelanggan ke kedai mereka kerana saya perhatikan setiap kedai tersebut akan dipenuhi dengan pelanggan.Hatta kalau kedai makan itu ada tv biasa pun tak mengapa, yang penting dapat tonton perlawanan bolasepak.Hebatnya penangan sebiji bola…!

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah, di mana mereka menunaikan solat maghrib…?! Ini kerana satu-satu perlawanan akan memakan masa sekurang-kurangnya dua jam..Biasanya perlawanan akan tamat pukul 9.30 malam (dah masuk waktu isya’).Kalau mereka telah berada di situ semenjak pukul tujuh, bererti waktu maghrib berlalu begitu sahaja.

Bahkan ada yang saya perhatikan telah berada di meja makan sewaktu lalu untuk menyampaikan kuliah. Masih’ istiqamah’ di mejanya sewaktu saya pulang dari masjid setelah selesai menunaikan solat isya’ !!

Nak kata dia musafir boleh menjama’kan solat maghrib dan isya’ dalam waktu isya’, muka mereka ada sebahagiannya saya kenal yang menetap hanya selang beberapa buah rumah sahaja dari rumah saya.

Amat malanglah kalau mereka tidak mengambil berat soal sembahyang yang menjadi tiang agama dan rukun Islam yang kedua selepas mengucap syahadah…

Maka saya ingin pertegaskan di sini, kita bukan hanya benci judi bola tapi kita juga benci kaki bola yang mengabaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka….

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah permohonan doa kami” –Surah Ibrahim : 40.


Kami Main Bola, Bukan Main Judi

Qunut Nazilah Untuk Kekejaman Yahudi Dan Sekutunya

اللّهمّ أعزّ الإسلام والمسلمين , اللّهمّ انصر الدعاة والمجاهدين

*اللّهمّ انصر المظلومين والمستضعفين , وأهلك الكفرة والمنافقين
ودمّر أعدآءك أعدآء الدين , وانصرنا عليهم يا ربّ العالمين

* اللّهمّ انصر المجاهدين في فلسطين, اللّهمّ انصر المجاهدين في كل مكان

* اللّهمّ قوّ عزآئمهم. وثبّت أقدامهم. واجمع كلمتهم

* اللّهمّ إنّا نجعلك في نحور أعدآءنا ونعوذ بك من شرورهم

* اللّهمّ ردّ كيدهم على نحورهم . اللّهمّ بدّد شملهم . وفرّق جمعهم
وشتّت كلمتهم . وزلزل أقدامهم . وسلّط عليهم كلبا من كلابك
يا قهّار! يا جبّار! يا منتقم! يا ذالجلال والإكرام!

* اللّهمّ عليك باليهود , ومن عاونهم ومن ولاهم

* اللّهمّ عليك باليهود , ومن عاونهم ومن ولاهم

* اللّهمّ عليك باليهود , ومن عاونهم ومن ولاهم

* اللّهمّ حبّب إلينا الإيمان وزيّنه في قلوبنا , وكرّه إلينا الكفر والفسوق والعصيان , واجعلنا من الرّاشدين

* ربّنا آتنا في الدّنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النّار

* وصلى الله على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم

Judi Bola : Lagi Petaka Buat Rakyat Malaysia






Allah SWT berfirman;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ * إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ

Maksudnya;

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.(QS.Al-Maidah ( 5 ) :90-91)

Judi merupakan dosa dan sama seperti meminum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala.Ia merupakan amalan syaitan, di mana syaitan merupakan makhluk yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah SWT.

Di dalam kitab tafsir Ruhul Ma’ani dalam membicarakan ayat ini, Imam Al Alusi menyatakan bahawa, “Allah SWT menyebut arak dan judi bersama patung berhala dan bertenung nasib untuk menunjukkan bahawa arak dan judi sama keji dan sama besar dosanya dengan menyembah patung dan bertenung nasib”

Di dalam Al-Quran juga,ayat berkaitan judi sering dikaitkan dengan arak yang menunjukkan betapa ia amat dimurkai oleh Allah yang sudah tentu membawa banyak masalah social seperti jenayah, membunuh, berzina, peras ugut, rasuah dan lain-lain lagi.

Orang yang berjudi sebenarnya telah melakukan keingkaran kepada Allah SWT dan hidupnya tidak berada dalam ketenangan semasa di dunia lagi.

Selain dikira perbuatan keji, judi boleh merosakkan akidah, memporak perandakan syariat dan meruntuhkan akhlak, hingga ulama’ mengatakan bahawa perbuatan mengajak berjudi itu sudah dikira berdosa. Sebagaimana Imam Az-Zahabi mengatakan dalam kitab Al-Kabair :

“ Kalau hanya mengajak berjudi sudah berdosa, apatah lagi bermain judi, maka sudah tentu dosanya besar “

Kerosakan dari sudut syariat pula dapat kita lihat apabila kaki judi ini kalah. Mereka akan membuat perkara yang dilarang oleh syarak bagi mendapatkan wang atau modal untuk berjudi seperti mencuri, peras ugut dan merompak.Institusi keluarga menjadi musnah.Tanggungjawab kepada isteri dan anak akan terabai.Nafkah tidak terjaga kerana segala harta yang ada dihabiskan untuk berjudi.Malah mereka sanggup meminjam daripada Along/Ceti bagi mendapatkan wang segera untuk berjudi bagi memenuhi impian menjadi kaya yang tidak pernah menjadi kenyataan.Kekalahan dalam perjudian juga menyebabkan seseorang menjadi pendendam hingga boleh membawa kepada pembunuhan.

Tabiat berjudi juga menyebabkan seseorang suka berhutang.Apabila hutang tidak dapat dilunaskan, maka satu tabiat lagi yang menyerlahkan akhlak yang buruk ialah suka menipu.Dia akan memberi pelbagai alasan apabila pemiutang datang untuk menuntut haknya.Tabiat berjudi juga menyebabkan individu dihinggapi penyakit keluh kesah.Ini berlaku apabila dia leka berjudi menyebabkan jiwanya kosong dan lidahnya kering daripada berzikir, sedangkan berzikir itu benteng kegelisahan.Apabila berada dalam kegelisahan, dia mudah diperdaya oleh syaitan.

Allah SWT berfirman ;

Yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

1- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.
Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

2- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .
Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajipannya kepada Tuhan, kewajipan kepada diri, kewajipan terhadap keluarganya dan kewajipannya kepada ummat keseluruhannya .

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.

Beberapa hari yang lalu, negara dan rakyat dalam negara ini sekali lagi ditimpa bala dan malapetaka apabila kerajaan meluluskan lesen judi pertaruhan untuk pertandingan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Walaupun perkara ini mendapat bantahan dari pelbagai lapisan masyarakat dalam negara kita.

Sebagai contoh bantahan yang dibuat oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam kenyataan media mereka sepertimana berikut,
”Kami membantah sebarang usaha untuk menghalalkan judi kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat atas alasan-alasan berikut:-
1. Judi memberi kesan kepada institusi kekeluargaan di mana banyak kes-kes perceraian adalah disebabkan suami yang berjudi sehimgga mengabaikan nafkah anak dan isteri.
2. Boleh menyebabkan masalah ”along” menjadi lebih runcing.
3. kewangan keluarga akan menjadi kuar-kacir.
4. Membawa diri ke lembah yang bahaya kerana akan berlaku jenayah di merata-rata disebabkan kegiatan judi yang semakin ketagih.”

Alasan yang diberikan oleh kerajaan ialah judi dan pertaruhan bolasepak Piala Dunia ini, akan tetap berlaku dalam masyarakat walaupun tidak diberikan lesen. Di samping kerajaan dapat menggunakan hasil yang dikutip dari cukai judi ini untuk pembangunan sukan negara.

Alasan seumpama ini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang menteri yang berbangsa melayu dan beragama Islam.Ini kerana hukum judi tetap haram samada diberikan lesen atau tidak.

Adakah kerajaan akan memberi alasan yang sama nanti kepada masalah sosial yang lain seperti pelacuran, rompak dan samun dengan memberi lesen kepada pelacur dan perompak kerana kalau tidak diberi lesen sekalipun mereka tetap akan melacur dan merompak?!

Fenomena ini menunjukkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara kita dalam masalah judi ini.Sepatutnya apa yang kerajaan perlu lakukan ialah mengetatkan lagi penguatkuasaan demi melahirkan masyarakat yang cemerlang serta bebas dari tabiat yang buruk ini.

Begitu juga alasan kononnya hasil cukai industri judi ini akan dimanfaatkan oleh kerajaan untuk pembangunan sukan adalah alasan yang sama sekali tidak boleh diterima. Ini kerana dalam kaedah syariat Islam menyatakan bahawa, ”Matlamat tidak boleh menghalalkan cara”. Ini bermakna niat untuk membangunkan sukan adalah suatu niat yang murni tetapi pada masa yang sama tidak boleh menghalalkan judi yang jelas haram di dalam Islam.

Tidak cukup lagikah pelbagai jenayah dan masalah sosial yang telah melanda masyarakat dalam negara ini saban hari.Rompak, bunuh, rogol, zina, buang anak dan macam-macam lagi.

Kalau mungkin alasan yang akan diberikan, untuk meraikan rakyat dalam negara ini yang pelbagai bangsa dan anutan agama kerana Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk. Jawapannya, tidak ada satu ajaran agama pun yang menggalakkan penganutnya berjudi kerana ianya tidak memberi apa-apa kebaikan kepada masyarakat.Sebaliknya manfaat dan keuntungan hanya diperolehi oleh taukeh-taukeh judi dan mereka yang sewaktu dengannya..

Justeru itu, kita memohon dan menegaskan bahawa kerajaan di atas rasa tanggungjawab kepada negara dan rakyat hendaklah menarik balik lesen judi yang telah dikeluarkan untuk pertandingan bolasepak Piala Dunia ini serta segala bentuk judi dan pertaruhan lain yang telah lama merosakkan masyarakat dan merugikan negara ini.

Mudah-mudahan masyarakat dalam negara ini dipelihara oleh Allah SWT dari segala bala bencana. Samada di dunia apatah lagi di akhirat...

SELAMAT HARI GURU



Kepada ibu bapa, semua guru-guru, ustaz-ustaz dan mereka yang pernah menabur bakti mencurahkan ilmu dan pengalaman samada secara langsung atau tidak sehingga kami dapat mengerti dan memahami sedikit sebanyak tentang agama dan erti hidup ini diucapkan....
SELAMAT HARI GURU...
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Jom Ke Program OMGK !

"Lembu Punya Susu, Beruk Pulak Nak Nama"


Pada 9 Januari 2010 yang lalu, Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan satu program yang dikenali dengan nama “Program Umno Juara Rakyat” di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Selain diisi dengan program-program interaktif bersama rakyat, program tiga hari yang diadakan di pekan kecil yang terletak kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur ini juga disusun untuk kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

Program yang dilihat sebagai satu usaha Umno untuk meraih kembali sokongan setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu.

Difahamkan, Umno akan meneruskan program ini ke semua 191 bahagian Umno di seluruh Negara. Umno boleh program apa saja yang mereka nak sampai tunggang terbalik pun. Cuma diperingatkan, Jangan menyalahgunakan wang negara/rakyat untuk kepentingan politik mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang membimbangkan hari ini. Rakyat disuruh berjimat-cermat dan telah banyak peruntukan yang sebelum ini disalurkan kepada rakyat dipotong, ditarik semula atau dikecilkan termasuk peruntukan kepada institusi pendidikan semata-mata alasan untuk berjimat cermat.

Jangan pula diambil daripada khazanah negara atau menggunakan jentera milik kerajaan, lalu ditempelkan nama Umno. Umno/BN memberi sumbangan kepada fakir miskin… Umno/BN luluskan itu dan ini….. dan bla..bla…bla… semata-mata untuk raih kembali sokongan rakyat !!

Pemimpin Umno perlu bezakan antara duit parti mereka dengan duit rakyat yang terhasil daripada pelbagai sumber untuk manfaat semua rakyat dalam negara Satu Malaysia ini.

Jangan jadi macam kata pepatah “Lembu punya susu, sapi dapat nama” atau dalam isu ini, pepatah yang lebih sesuai pada hemat saya ialah “Lembu punya susu, beruk pulak terhegeh-hegeh nak nama”.
 
Copyright @ 2008 BabMusalla: 2010 | Original Template By Orca Wave Wordpress | Modified By iEn | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top